Tuesday, December 30, 2014

Banjir Besar di Kelantan: Catatan Dr Afiq Rahim - Bah.1

Banjir Besar di Kelantan: Catatan Dr Afiq Rahim - Bah.1
Dr Afiq Rahim
Kawasan klinik saya di Badang dan PCB telah putus hubungan darat. Air melimpah dengan deras di segenap penjuru sungai kelantan dan anak-anak kecilnya ke setiap inci permukaan bumi di sini.
Tadi kami sempat menghantar pesakit recurrent pleural effusion ke HRPZ dengan mengharungi banjir dan sungai deras menggunakan Land Rover usang. Mujur ada trak ni. Jika dengan ambulans klinik mungkin kami dh hanyut atau terkandas di tengah banjir.
Bekalan elektrik telah terputus di beberapa kawasan terutama di Kuala Besar. Yang menakutkan air dah merentasi jalan tinggi ke kawasan sebelah di kuala besar. Rumah penduduk yang tinggi seakan-akan berada di tanah akibat air naik mendadak malahan ada yang dah mencecah bumbung. Runsing jika ada penduduk yang lena dibuai mimpi sedangkan rumahnya hampir dihanyut banjir.
Paras sungai kelantan dah capai 6.6m (Bahaya: 5m) manakala khabarnya benteng terakhir kota bharu iaitu kunci air Sungai Budur telah dibuka akibat paras sungai yang terlalu tinggi memburukkan lagi situasi kami.

Saya berdoa agar tiada kes antenatal yang in labour atau kes kecemasan lain.
Saya juga merayu semua pihak untuk prihatin terhadap mangsa banjir dengan menderma dan terus berdoa agar kami terselamat daripada musibah yang lebih besar.
Kerjasama dan keprihatinan anda, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Laporan lain akan menyusul esok.
Yang Benar,
Dr Afiq Rahim, DAR
— at Klinik Kesihatan Badang.
Sumber: Facebook