Thursday, December 11, 2014

Bekas tahanan ISA dapat pampasan RM4.5 juta

Lima bekas tahanan ISA dapat pampasan RM4.5 juta

KUALA LUMPUR: Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat pampasan keseluruhan berjumlah RM4.5 juta berikutan penahanan mereka pada tahun 2011.

Dua daripada mereka adalah wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu anggota parlimen Batu Tian Chua, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais, bekas pemimpin PKR Badrul Amin Baharom dan Badaruddin Ismail.

Menurut laporan Malaysiakini, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM15,000 kepada RM10,000 sehari, mengikut hari yang ditahan.



Kelima-lima mereka turut diberi ganti rugi teladan RM30,000 dan empat daripada mereka, kecuali Badaruddin, diberikan ganti rugi RM25,000 atas fitnah terhadap mereka.

Keputusan tersebut dibuat oleh tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Wahab Patail serta Rohana Yusof dan Umi Kalthum Abdul Majid.