Tuesday, December 9, 2014

Keputusan kes rasuah, salahguna kuasa RM3.5 juta, Khir Toyo bebas tanpa syarat

Keputusan kes rasuah, salahguna kuasa RM3.5 juta
Khir Toyo bebas tanpa syarat.

Fakta Kes: Bekas menteri besar Selangor semasa Selangor di bawah pentadbiran Umno BN,  Dr Khir Toyo didapati bersalah menggunakan kedudukannya sebagai menteri besar dan pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperolehi tanah dan sebuah banglo bernilai RM3.5 juta dengan harga di bawah nilai pasaran.

Tempat hukuman dijatuhkan: Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Tarikh hukuman dijatuhkan: 23 Disember 2011
Hukuman terhadap Khir Toyo: Penjara selama 12 bulan terhadap Khir dan mahkamah memerintahkan hartanah yang terlibat dalam kes itu dirampas.

Walau bagaimanapun bekas menteri besar Selangor yang juga ahli Umno (Baru) itu telah membuat rayuan untuk mengenepikan sabitan terhadapnya. Rayuan tersebut didengar di Mahkamah Persekutuan hari ini. Dr Khir Toyo diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M Athimulan. Manakala DPP ialah Mohd Masri Daud.

Keputusan kes rayuan:  Dr Khir Toyo dibebaskan tanpa syarat. Alasan penal hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes rayuan tersebut, Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menjatuhkan hukuman terhadap Khir Toyo pada 23 Disember 2011 telah terlepas pandang satu fakta utama.



Fakta Utama: Khir Toyo adalah ahli Umno, maka itu Dr. Khir Toyo tidak boleh dipenjarakan.

Notakaki A: Bukan dengan niat untuk menghina atau mendahului keputusan mahkamah tetapi keputusan kes rasuah dan salahguna kuasa oleh Khir Toyo dapat dijangka sepertimana kes-kes rasuah dan salahguna kuasa terdahulu yang melibatkan pemimpin-pemimpin kanan Umno BN.

Notakaki B: Datuk Muhammad Shafee Abdullah adalah peguam upahan Umno yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Fitnah Liwat ii dengan segala hujah dan prinsip penipuan yang dijunjungnya.