Friday, January 16, 2015

Abang nak peluk Nicol David lah

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata: "Tindakan Rosmah memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan."

Kalau camtu .. abang nak peluk Nicol David lah .. sebagai satu penghargaan seorang abang kepada adiknya kerana berjaya meraih kemenangan berganda dalam sukan squash.

Peluk ahli sukan tak sama dengan peluk artis K-Pop, kata pemimpin UMNO.
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak dan menyiasat isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.



Syed Ali yang mempertahankan tindakan Rosmah menegaskan apa yang dilakukan oleh isteri Najib itu tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.

"Saya sifatkan tindakan Rosmah yang memeluk pemain badminton nombor satu negara itu sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

"Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung yang berpelukan dengan artis K-Pop.