Friday, January 9, 2015

Hishamuddin Rais didapati bersalah di bawah Akta Hasutan

Hishamuddin Rais didapati bersalah di bawah Akta Hasutan
Aktivis Hishamuddin Md Rais pagi ‎ini didapati bersalah atas tuduhan menghasut oleh Mahkamah Sesyen Jalan Duta. Kuala Lumpur.

Peguam Syahredzan Johan yang mewakili Hishamuddin‎ kini sedang membuat rayuan agar hukuman ringan dikenakan‎ kepada Hishamuddin sebelum mahkamah ditangguhkan setengah jam.

Hishamuddin didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah pada 13 Mei 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.