Saturday, January 31, 2015

Raihlah populariti politik melalui perlaksanaan kata janji, bukan pengucapan kata janji

 Raihlah populariti politik melalui perlaksanaan kata janji, bukan pengucapan kata janji
Bicara Minda: Sepanjang saya mengikuti perjalanan dan perkembangan politik tanahair sejak era pelajar, apa yang dapat saya rumuskan kini; Tidak keterlaluan rasanya andai saya katakan, kelam kabut dan celarunya politik negara banyak disumbangkan oleh keceluparan mulut beberapa pemimpin parti politik itu sendiri. Seakan menjadi tradisi, hampir kesemua politikus, baik dari parti mana sekalipun berebut-rebut mengeluarkan kenyataan media tanpa membuat penyelidikan atau mendapat kata sepakat rakan-rakan pimpinan terlebih dahulu.
Benar soal perlaksanaan itu satu "primary" tetapi jika hal "secondary" seperti mengeluarkan kenyataan media, samada secara resmi atau sebaliknya pun, telah mencelarukan suasana politik, bagaimana mungkin hal "primary" dapat dilaksanakan dengan lancar?
Bagi saya, mencari populariti atau political mileage melalui kenyataan media adalah kerja "pencuri". Suka saya ingatkan kepada para politikus, terutama dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat, PAS dan PKR khususnya, raihlah populariti politik kalian melalui perlaksanaan kata janji dan bukan pengucapan kata janji.. !
Salam Perjuangan Menentang Kezaliman.
< Sofi ~ Kerajaan Rakyat >