Monday, January 12, 2015

Sultan berlaga pipi .. maka .. apa salahnya rakyat berlaga mulut?

BICARA MINDA: Gegak gempita seluruh negara dengan kejadian beberapa perempuan Melayu bertudung, seronok mempamirkan perlakuan sumbang bersama artis K-pop.
Saya mengambil pendekatan sederhana dalam isu ini. Bukan kerna ianya isu kecil, tetapi saya melihat kepada punca kerenah ini terjadi dan berleluasa di negara kita kebelakangan ini.
Dalam mentafsir semua isu besar, saya kerap menyusur kepada puncanya? Perlakuan sumbang yang digegak gempitakan kini kerna ianya dilakukan oleh wanita Melayu "biasa" yang saya pasti dalam lingkungan usia 20an.
Bagi remaja dalam lingkungan usia sedemikian, tingkah mereka banyak dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat dan apa yang mereka fahami melalui tingkah laku individu-individu yang berpengaruh disekeliling mereka.
Ringkasnya, pada perkiraan remaja-remaja tersebut; andai Sultan dan isteri pemimpin-pemimpin negara boleh melakukannya, apa salahnya mereka meniru?
- Sultan berlaga pipi .. maka .. apa salahnya rakyat berlaga mulut?
- Rosmah bergeseran .. maka .. apa salahnya rakyat berdakapan?

Kesimpulannya, jika sultan dan pemimpin sendiri gagal menghayati Islam, bagaimana mungkin gagasan penerapan nilai-nilai murni ajaran Islam itu dapat diterapkan dikalangan rakyat biasa? Nak harapkan para mufti? .. Di Malaysia, mufti adalah tunggul mati .. !
NOTA: Saya menulis prihal kelaku Sultan di sini. 
Salaam Persaudaraan ..
Sofi - Kerajaan Rakyat .