Thursday, February 12, 2015

Anwar Ibrahim 10 Feb. 2015 - Satu Tanggal, Dua Sejarah

Meninta-sejarahkan - Satu Tanggal, Dua Sejarah.
Selepas sembang malam, saya tinggalkan pejabat ini sekitar jam 3:35 subuh tadi. Sebelum pulang, saya rakam foto ini sebagai kenangan dan cuba selami perasaan sdra. Anwar Ibrahim.. Pejabat ini diusahakannya setelah bebas dari terpenjara oleh regim Mahathir dan kini dia terpenjara lagi oleh regim Najib Razak.
Saya faham Anwar sedih kerna terpenjara lagi, tetapi monologue saya mengatakan Anwar akan lebih sedih andainya anika sosok yang bernaung di bangunan ini dan berjuang di bawah panji KeADILan, culas, alpa atau gagal mewarisi motivasi diri serta semangat juang yang digagahi bertahun lamanya.
Menyusuri mehnah perjuangan Reformasi 1998 yang padat dengan ranjau berduri, maka dengan penuh keinsafan saya mohon kepada semua pendukung perjuangan terutamanya kepada pimpinan parti agar meninta-sejarahkan tarikh 10 Feb. 2015 sebagai Satu Tanggal, Dua Sejarah.
Pertama: Anwar Ibrahim terpenjara kerna kezaliman regim aparat Umno BN.
Kedua: Mengerat-rapatkan hubungan dalam keluarga KeADILan; hubungan antara pemimpin dengan pemimpin, antara pemimpin dengan ahli dan antara kepimpinan parti dengan kepimpinan parti yang lain dalam Pakatan Rakyat seluruhnya.
Kita tidak mungkin dapat mencapai apa yang dihajati tanpa muafakat.
Salam Takzim, Salam Perjuangan.