Tuesday, February 10, 2015

Anwar Ibrahim dan DSAI jadi topik utama dalam perbualan global di Twitter hari ini

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian meluas media utama dunia.

Malah, kata kunci “Anwar” dan “DSAI” juga menjadi topik utama dalam perbualan global di Twitter hari ini.

Semakan mendapati, ia dimuatkan sebagai laporan utama lamanBBCThe GuardianReutersAl-JazeeraWall Street Journal danThe Guardian sejurus selepas Anwar disahkan kekal dipenjara.

Ia turut menjadi laporan utama di media Australia seperti ABC Australia dan Sydney Morning Herald.