Tuesday, February 24, 2015

Anwar Ibrahim - Najib Razak: Perbedaan Perjuangan Dalam Arena Politik Negara

Perlu diingat, apabila kita asyik melaungkan "Bebas Anwar", ia seakan memberi gambaran perjuangan kita adalah perjuangan untuk Anwar, itu silap!

Kita bukan hanya berjuang untuk sosok bernama Anwar Ibrahim, sebaliknya kita menyambung perjuangan Anwar Ibrahim dalam mengangkat maruah rakyat marhaen yang tertindas berdekad lamanya.
Hendak buat rumah perlu 4 element asas:
Lokasi. Bahan. Arkitek dan Tukang.
Cicir salah satu darinya, rumah gagal dibina, atau terbina ala kadar.

Berceramah juga perlu 4 element utama:
Lokasi. Mauduk. Orator. Audience.

Ada Lokasi, ada Audience, ada Mauduk tapi penceramah longlai, audience lesu.
Ada Lokasi, ada Audience, Oratornya tanpa mauduk mampan, ceramah hambar

Walaupun lokasi itu penting tetapi ia bukan faktor utama. Kita bisa dan biasa berceramah di hotel berbintang-bintang, berceramah di padang, di lapangan, malah di jalanan.. audience beribu, mereka terhibur puas, hasil ucapan terkesan. Terpasak hasil ucapan di minda bukan kerna lokasinya hebat, bukan juga kerna pendengarnya berpuluh ribu tetapi kerna oratornya menyampaikan mauduk ceramah jelas dan mampan!

Mauduk ceramah "Politik Perjuangan" tidak seharusnya disama-ertikan dengan mauduk ceramah "Perjuangan Politik". Saya mengambil contoh perbedaan perjuangan dua nama besar dalam arena politik negara; Anwar Ibrahim dan Najib Razak.


Anwar Ibrahim menggagaskan "Politik Perjuangan". Anwar bukan seorang politikus tulin, tetapi beliau adalah seorang orator hebat, Anwar juga adalah seorang pejuang yang menggunakan makanisma politik atau siasah bagi mencapai matlamat perjuangannya. Manakala Najib sekadar melusuri keterlanjuran "Perjuangan Politik" warisan bapanya, lantas Najib menjadikan politik sebagai kariernya untuk mencapai matlamat peribadinya sendiri.

Hal ini telah saya sampaikan kepada Ketua Koordinator Jinggi13, Cikgu Fariz Musa dan aktivis pelajar Sdra. Adam Adli, Semoga "Politik Perjuangan" demi memerdekakan rakyat Malaysia dari kezaliman dan pengkhianatan regim Umno BN terlaksana, inshaaAllah.

Bagi memantapkan gagasan perjuangan, saranan saya kepada semua penceramah yang bergerak dalam agenda ‪#‎March4Freedom‬ tidak atau kurangkan penekanan kepada lontar-kata membebaskan Anwar Ibrahim sebaliknya mauduk ceramah seharusnya dipadukan kepada membebaskan Malaysia daripada cengkaman kezaliman dan pengkhianatan regim zalim Umno BN.

Perlu diingat, apabila kita asyik melaungkan "Bebas Anwar", ia seakan memberi gambaran perjuangan kita adalah perjuangan untuk Anwar, itu silap!

Kita bukan hanya berjuang untuk sosok bernama Anwar Ibrahim, sebaliknya perjuangan kita adalah untuk menyambung perjuangan seorang insan mulia bernama Anwar Ibrahim dalam mengangkat maruah rakyat marhaen yang tertindas berdekad lamanya.

Anwar Ibrahim hanyalah satu sosok dari berjuta sosok yang teraniaya oleh kerakusan Umno BN. Justeru mauduk ceramah mesti menjurus kepada memerdekakan rakyat melalui kemenangan kita dalam pilihanraya umum ke 14.

Kita menang pilihanraya umum ke14, Anwar bebas, rakyat turut bebas, inshaaAllah Ta'ala.

Salaam Persaudaraan Islam. Salam Perjuangan.
- Sofi - Kerajaan Rakyat