Tuesday, February 3, 2015

Datuk Nicol Ann David cipta rekod baharu

Datuk Nicol Ann David cipta rekod baharu.

Datuk Nicol Ann David sekali lagi mengharumkan nama negara.

Atlet bertaraf dunia ini mencipta rekod baharu apabila bertahan sebagai pemain squasy nombor satu dunia selama 106 bulan dalam senarai Persatuan Squasy Wanita (WSA).

Rekod itu diumum pada Kejohanan JP Morgan Tournament of Champions di New York.