Tuesday, February 17, 2015

Selamat Datang Ke Kedai Menjual Isteri

Selepas tengah malam! Kedai yang menjual isteri telah dibuka..... di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai seorang isteri.
Foto sebagai hiasan sahaja
Peraturan untuk masuk Kedai tersebut adalah:
"Kamu hanya dapat mengunjungi kedai ini SATU KALI SAHAJA!"
Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanita tersebut. Kamu dapat memilih wanita di tingkat tertentu, juga boleh memilih ke tingkat berikutnya, tapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.
Lalu, seorang lelaki pun pergi ke KEDAI ISTERI tersebut untuk mencari Calon Isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti berikut:
Tingkat 1:
"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan & pandai memasak."
Lelaki itu tersenyum, kemudian dia naik ke tingkat selanjutnya.
Tingkat 2:
"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak & lemah lembut."
Sekali lagi, lelaki tersebut naik ke tingkat selanjutnya.
Tingkat 3:
"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik."
''Wow!'', ujar si lelaki, tetapi pikirannya masih tidak karuan dan terus naik.
Lalu sampailah lelaki itu di tingkat. 4 dimana terdapat tulisan:
"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang anak."
'Mak aii!' Dia berkata,
'Aku hampir tak percaya!'
Dan dia terus melanjutkan ke tingkat 5:

"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang anak & sexy.."
Dia tergoda utk berhenti tapi kemudian dia melangkah ke tingkat 6 dan terdapat tulisan:
"Anda adalah pengunjung yang ke 14,041,966,168. Tak ada wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian yang laki-laki tidak pernah puas, terima kasih kerana telah berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini."
Saudaraku..., setiap kita tak ada yang sempurna, tak ada sesuatupun yang mampu memuaskan kita di dunia ini, ISTERI cantik, SUAMI tampan, kekayaan, rumah besar, KERETA mewah, kelihatannya begitu HEBAT atau GAH.. namun itu hanya sementara..
Ya, hanya RASA BERSYUKUR dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan buat kita, itulah yang membuat HIDUP ini begitu INDAH, kerana kita selalu PUAS terhadap apa yang Allah SWT berikan kepada kita.