Tuesday, March 10, 2015

Himpunan KitaLawan: Perakuan Terbuka buat Ketua Polis Negara.

Perakuan Terbuka buat Ketua Polis Negara.
Cabaran kepada Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )​
Kalau benar YBhg.Tan Sri, Ketua Polis Negara berkhidmat secara jujur, telus dan ikhlas untuk menjaga ketenteraman negara Malaysia tercinta dan kesejahteraan rakyat terbanyak, saya Mohd Sofi Yassin aka Kerajaan Rakyat​ menuntut agar pihak polis tahan dan siasat Datuk Seri Najib Razak​ yang telah tidak menjadi rahsia umum lagi didakwa terlibat atau bersubahat dalam kes pembunuhan model Monggolia, Shaariibuugiin Altantuyaa.

Nasihat saya kepada YBhg. Tan Sri, jangan hanya kerna rakyat marhaen menentang kezaliman, pengkhianatan serta penindasan oleh kerajaan UmnoBN terhadap rakyat marhaen dan rakyat berhimpun secara aman dalam agenda #KitaLawan pada 07.03.2015, maka beberapa pemimpin rakyat ditahan dan didakwa.

Wahai Tan Sri Ketua Polis Negara, berpeganglah kepada tuntutan agama Islam dalam setiap tindakan saudara.

Ikhlas.
- Mohd Sofi Yassin 
- http://kerajaanrakyat.blogspot.com/