Saturday, March 14, 2015

Najib Razak lah punca kepada segala permasalahan ini

Marah sungguh Tan Sri Ketua Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )bila note RM100 diphotoshop, walaupun sekadar gurauan untuk menyampai mesej kemarahan rakyat terhadap kejatuhan nilai Ringgit negara. Secara peribadi Kerajaan Rakyat turut tidak selesa pabila matawang negara dipersendakan.
Walaubagaimanapun, saya lebih tidak selesa pabila Tan Sri Ketua Polis Negara bertindak double standard dalam menjalankan amanah yang disandarkan kepadanya. Perompak dana negara dibiarkan bebas. Pencetus kata-kata rasis dibiarkan bermaharajalela. Pembunuh seakan dibiarkan terlepas lari.
Biarlah saya jelaskan kepada YBhg. Tan Sri., kebarangkalian punca kemarahan rakyat sehingga ada yang melakukan photoshop terhadap note RM100 itu adalah kerna kejatuhan nilai ringgit negara yang keterlaluan disebabkan salah pengurusan dan penyelewengan dana negara oleh pemimpin ‪#‎UmnoBN‬ yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak.
Maka itu, saya mencadangkan agar YBhg. Tan Sri Ketua Polis Negara lihat pada puncanya dan bersegeralah tangkap dan dakwa ‪#‎NajibRazak‬ kerna Najib lah punca kepada segala permasalahan ini.
Sekiranya kealpaan dan ketirisan yang telah bertahun lamanya dijadikan amalan kerajaan UmnoBN tidak ditentang, bala besar bagi negara seakan menanti dihujung sana. Justeru rakyat akan bertambah sengsara dan‪#‎KitaLawan‬ !!!
Harapan dan doa saya, semoga Allah swt memberikan kekuatan rohani serta merahmati dan memberkati YBhg. Tan Sri dalam menjalankan tugas secara ikhlas dan jujur pada haknya. Aameen Ya Rabb.
Salaam Persaudaraan. Salam ‪#‎Reformasi‬.
- Mohd Sofi Yassin.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/