Tuesday, March 24, 2015

Nota Penting Isu Keselamatan Negara

Nota Penting Isu Keselamatan Negara.

Memandangkan keselamatan dan kedaulatan negara adalah amanah utama dalam menyempurnakan tugas sebagai Ketua Polis Negara, maka tindakan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Zahid Hamidi mengutus surat pembelaan terhadap seorang RAJA JUDI yang dikenali sebagai Paul Phua di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat perlu dipandang serius.
Tingkah Datuk Seri Zahid Hamidi adalah satu perbuatan yang amat jijik dan hina yang telah mencemarkan nama baik serta kedaulatan negara. Lebih dari itu ia turut mengundang permasalahan keselamatan rakyat dan negara.
Maka saya, Mohd Sofi Yassin aka Kerajaan Rakyat dengan penuh keinsafan sebagai rakyat marhaen menyarankan agar pihak Polis Diraja Malaysia bertindak segera menahan, menangkap dan mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu sebelum menyiasat individu atau kumpulan yang membocorkan surat oleh Menteri Dalam Negeri itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat untuk membela RAJA JUDI berkenaan.
Tindakan membela RAJA JUDI diperingkat antarabangsa adalah perbuatan biadap, tidak amanah dan khianat. Sesiapa jua yang membocorkan perbuatan khianat oleh para menteri adalah pejuang rakyat yang sayangkan negara dan kedaulatannya. Pada pengamatan saya, pihak yang membocorkan perbuatan khianat para menteri adalah jujur dan pejuang rakyat serta pendokong kedaulatan negara.
Sebagai panduan buat Tan Sri Ketua Polis Negara, sekiranya polis ingin dihormati, maka PDRM wajib hormati keluhuran undang-undang serta hak rakyat.

Justeru, sekali lagi dengan tegas saya mengingatkan; Polis perlu bertindak secara profesional, berhemah, jujur, telus, tanpa pilih kasih dan berpaksikan ajaran agama rasmi negara; ‪#‎Islam‬. Wallahua'lam.
Salaam Takzim l Salam Reformasi‬
Ikhlas dari:
- Mohd Sofi Yassin
http://kerajaanrakyat.blogspot.com