Wednesday, July 8, 2015

Isu 1MDB dan WSJ: Tan Sri Khalid Abu Bakar gila atau kurang siuman?

Isu 1MDB dan WSJ
Tan Sri Khalid Abu Bakar gila atau kurang siuman?

Berdasarkan kepada kefahaman maksud tersurat (baca laporan di sini) tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu pendedahan penyelewengan dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) oleh Datuk Seri Najib Razak yang telah didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ), maka dapatlah dimengertikan bahawa Khalid Abu Bakar telah melakukan tindakan songsang yang boleh membahayakan keselamatan rakyat dan negara Malaysia keseluruhannya.

Pendedahan yang dilakukan oleh The Wall Street Journal (WSJ) adalah berniat baik kerna ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa sejumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) duit rakyat Malaysia telah dipercayai diselewengkan oleh Datuk Seri Najib Razak. Ini isu besar. Ini isu keselamatan dana rakyat. Ini isu keselamatan negara. Jika Ketua Polis Negara seorang yang peka terhadap keselamatan rakyat dan negara, sebaik pendedahan itu dilakukan oleh The Wall Street Journal (WSJ), polis wajar tahan Najib Razak dan juga isterinya, Rosmah Mansor untuk membantu siasatan.

Kini, dalam cacatan rakyat Malaysia​, Datuk Seri Najib Razak telah tersenarai sebagai penjenayah dan pengkhianat. Mana mungkin seorang penjenayah terus dibiarkan bebas dan seorang pengkhianat dibenarkan menjadi perdana menteri?

Dan... mana mungkin polis membiarkan penjenayah terus bebas atau mungkin Ketua Polis Negara kurang siuman atau gila kerna pengkhianat dilindungi. Oleh yang demikan, pihak hospital perlu dihubungi untuk periksa saraf otak Tan Sri Khalid Abu Bakar, dibimbangi dia gila atau sewel atau kurang siuman !

Orang siuman akan siasat penjenayah bukan orang yang melaporkan jenayah!

Kerajaan Rakyat ingin menegaskan di sini bahawa sifat dan tindakan bacul seorang Ketua Polis Negara boleh memberi impak yang amat membahayakan keselamatan rakyat dan negara.

Oleh kerana Tan Sri Khalid Abu Bakar tunduk kepada penjenayah dan pengkhianat negara, beliau wajib berundur dan Najib Razak wajib ditahan dan dipenjarakan sementara siasatan telus dan menyeluruh dilakukan oleh badan bebas.

Untuk Najib Razak dan Rosmah Mansor: #DariPutrajayaKePenjara 

- Mohd Sofi Yasssin
- Kerajaan Rakyat​




WSJ disiasat bawah Akta Jenayah Komputer

Polis akan menyiasat The Wall Street Journal (WSJ) susulan kebocoran dokumen berkaitan dakwaan terdapat dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata WSJ akan disiasat bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 kerana capaian tidak dibenarkan dengan niat melakukan kesalahan selanjutnya.

Kita akan siasat Wall Street Journal,” katanya.

Khalid juga berkata pihak polis akan turut mengambil keterangan daripada pegawai bank yang mungkin terlibat.

“Kalau kita biarkan sesiapa pun mendedahkan maklumat perbankan seseorang individu ataupun mana mana syarikat, ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi,” katanya.

Menurut pemimpin tertinggi polis itu, perkara itu juga akan disiasat bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) atas kesalahan sabotaj ekonomi.