Thursday, July 9, 2015

PERINGATAN MASA BERKUNJUNGAN KE RUMAH TEMAN-TEMAN DI HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
PERINGATAN MASA BERKUNJUNGAN KE RUMAH TEMAN-TEMAN DI HARI RAYA
1. Jangan memangku balang kerepek atau biskut tuan rumah, pasal orang lain pun nak makan juga, bukannya untuk kau sorang jer.
2. Jangan bermain handphone sebab raya setahun sekali. Kau nak datang beraya ke atau nak main handphone ?
3. Jangan terlalu lama bersembang. Ini adalah kerana.. mungkin tuan rumah pun nak berjalan-jalan kutip duit raya juga.
4. Jangan sibuk tanya biskut atau kek ni buat sendiri atau beli.. makan jee.. rmh korang pun biskut beli...
5. Kalau bersembang tu suara jangan la kuat sangat hingga mengganggu org lain nak tgk tv.
6. Jangan buat perangai macam rumah sendiri..

7. Sotong merah bergula tu jangan habiskan. Korang ingat sotong tu murah ? Org lain pun nak juga..
8. Kalau yg bawa anak tu . . Janganlah bersembang sampai anak tertumpahkan air atas karpet pun x perasan.. memang la tuan rumah cakap x pe.. budak2.. tapi dalam hati dia korang x tahu tgh geram tu
PESANAN PENAJA INI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA..
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA . .
KOSONG- KOSONG