Thursday, August 20, 2015

Dalam arena politik Malaysia

Khalayak menilai kita (‪#‎PakatanRakyat‬), ‪#‎PKR‬ khasnya, bukan dari kehebatan kita membongkar, mendedah atau mencaci cerca pihak lawan semata-mata.
Contoh mudah; Pasangan atau dua sahabat akrab yang berpisah, kemudiannya mendedahkan keaiban atau kekurangan bekas pasangan atau bekas sahabatnya akan hanya menimbulkan prasangka buruk masyarakat terhadap sikap mereka sendiri. Buruknya sikap sahabat yang memgaibkan bekas sahabatnya!
Dalam arena politik Malaysia, kaedah membongkar, mendedah dan mencanangkan kebobrokan ‪#‎UmnoBN‬, walaupun memberi impak positif kepada perjuangan Pakatan Rakyat, tetapi pada perkiraan saya; mempamirkan corak kepimpinan dan pentadbiran serta prinsip setiakawan yang tulus serta berhemah jauh lebih ampuh dari sudut mauduk perjuangan demi rakyat marhaen itu sendiri.
Sejarah membuktikan betapa bertahun lamanya parti-parti politik yang prihatin terhadap permasalahan rakyat berjuang menentang Umno BN tetapi masih gagal menumbangkannya. Menyalahkan Umno BN kerna ketempangan dan menyalahtadbir sistem pilihanraya adalah senjata mudah yang tidak semestinya memberi keinsafan mampan kepada rakyat terbanyak. (‪#‎Bersih4‬ - sekadar contoh)

Umumnya rakyat telahpun tahu bahawa Umno BN terlalu banyak kekurangan dan tipu muslihatnya dalam urustadbir amanah negara. Pergilah ke mana-mana ceruk kampong dan desa, bertanyalah kepada rakyat marhaen, dengarlah luahan rasahati mereka; hampir semua menyatakan kebencian mereka terhadap Umno BN. Tetapi, malangnya tiba detik keputusan pilihanraya, Umno BN juga yang menang dan kemudiannya membentuk kerajaan pusat.
Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, berjaya mempertahankan pemerintah kerajaan ‪#‎PAS‬ di Kelantan lebih 20 tahun lamanya bukan kerna kehebatannya membongkar atau mencaci hina lawan politiknya, sebaliknya Tok Guru Nik Aziz (‪#‎AlFatihah‬) dengan caranya yang sederhana dan sumber yang juga terhad, telah dengan jayanya mempamirkan corak pemeritahan dan pentadbiran yang telus, jujur, berhemah, bersederhana serta padu dengan prinsip perjuangan Islamik. Maka itu, majoriti rakyat marhaen dari anika juzuk pemikiran dapat menerimanya sebagai model pemimpin yang diimpikan. Justeru, kekallah PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir Kelantan dieranya.
Bersandarkan kepada sedikit iktibar sejarah singkat ini, saya,‪#‎KerajaanRakyat‬ menyarankan kepada segenap lapisan pimpinan Pakatan Rakyat, ‪#‎KeADILan‬ khususnya utamakanlah sikap dan kaedah pemtadbiran serta pendekatan mendampingi rakyat atau module penyelesaian permasalahan rakyat yang lebih telus agar rakyat dapat menilai kemampuan kalian andai amanah mentadbir ‪#‎Putrajaya‬ diberikan dalam pilihanraya 14 nanti. InshaaAllah.

Hati sayu bertanya: ‪#‎ApaKhabarAnwar‬?
Mohd Sofi - Kerajaan Rakyat 
‪‎Politik‬ l BicaraMinda‬ l ‪‎Politics‬