Sunday, August 9, 2015

Nota buat Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara

Nota buat Perdana Menteri dan KPN.
Sesungguhnya Datuk Seri Najib Razak adalah seorang penipu yang bacul. Lebih dari itu, beliau juga bukan sekadar penipu yang bacul, malahan Najib Razak juga atas sifatnya sebagai perdana menteri seakan membawa Malaysia ke arah pemerintahan diktator yang bakal menjahanamkan masa depan bangsa negara.
Lantaran kebaculannya, Najib Razak telah menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk memecat, memindahkan dan menukar kakitangan awam demi kepentingan peribadinya.
Najib bin Abdul Razak juga telah dengan sengaja memberi gambaran kepada rakyat terbanyak akan campurtangannya dalam urusan siasatan penyelewengan dan ketidaktelusan pentadbirannya yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ‪#‎SPRM‬.
Gambaran jelas juga telah dipertontonkan kepada rakyat bahawa Datuk Seri Najib Razak telah memperkudakan Ketua Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Malaysia, YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga bertindak "double standard" dalam menjalankan tugasnya selaku Ketua Polis Negara dalam kes siasatan yang terkait dengan isu kepincangan ‪#‎1MDB‬.
Saya, Mohd Sofi Yassin atas sifat saya sebagai anak Johor dan rakyat Malaysia dengan ini menuntut agar Ketua Polis Negara jujur dan telus dalam menjalankan tugasnya atau akan terus menerima kritikan terbuka dan kemarahan rakyat akan memuncak.
Pasukan Polis ditubuhkan bukan bertujuan menjaga kepentingan jawatan seorang perdana menteri, tetapi ianya bermatlamat menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara Malaysia tercinta.
Penahanan demi penahanan dan penangkapan demi penangkapan yang telah dilakukan oleh ‪#‎PDRM‬ terhadap rakyat marhaen serta kakitangan awam yang menuntut Najib Razak disiasat dan didakwa kerna salahguna kuasa serta penyelewengan lain jelas membuktikan betapa etika kepolisian telah dicabul rakus oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bukan tujuan saya untuk mengaibkan samada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak maupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, tetapi dengan ikhlas saya nyatakan; Saya cintakan kepada pentadbiran telus, jujur yang berpaksikan kebenaran luruh.