Saturday, August 1, 2015

#TangkapNajib: Tindakan pihak polis melampau

#TangkapNajib: Tindakan pihak polis melampau

DEMI MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
1.8.2015 (SABTU)
Kami Gabungan Anak Muda Demi Malaysia dengan sekeras-kerasnya mengecam tindakan pihak polis yang melampau dalam menahan peserta Himpunan ‪#‎TangkapNajib‬.
Hak berhimpun dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan sebarang undang-undang yang bercanggah dengan peruntukkan ini terbatal secara otomatik. Malah, notis 10 hari yang diwar-warkan oleh pihak polis adalah tidak sah dari segi undang-undang berikutan kes DPP melawan Nik Nazmi.

Terdapat tiga ulasan hari ini.
Yang pertama, tiga daripada wakil Demi Malaysia ditahan semalam bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, kerana kononnya mengganggugugat sistem demokrasi berparlimen negara. Petang tadi, Mandeep Singh direman selama 4 hari, Syukri Razab direman selama 6 hari, dan Adam Adli direman selama 6 hari. Jika didakwa dan disabit kesalahan, mereka berkemungkinan dipenjarakan selama 20 tahun maksimum.

Kita juga mendapat maklumat daripada peguam Demi Malaysia bahawa Safwan Anang dan Fahmi Zainol turut ditahan, dan berkemungkinan besar akan disiasat di bawah seksyen yang sama seperti Mandeep, Syukri dan Adan Adli.
Kedua, Demi Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak polis telah memberi jaminan bahawa tidak ada penahanan yang akan dibuat sekiranya pihak penganjur bekerjasama dengan pihak polis. Namun, ketiga-tiga wakil daripada gabungan Demi Malaysia yang disebut tadi telah dicekup sebaik sahaja selesai memberikan keterangan di balai polis.
Ketiga, pihak polis telah berjanji semalam bahawa peserta berhak dan dibenarkan berkumpul, dengan syarat kami tidak berarak. (disertakan keratan akhbar Astro Awani, ulasan KP KL). Namun sepertimana yang kita lihat petang tadi, lebih daripada 25 peserta telah ditahan secara keras. (disertakan gambar-gambar peserta cedera).
Sepatutnya Himpunan #TangkapNajib kali ini dijadikan kayu ukur untuk menilai prestasi Timbalan Perdana Menteri baru, yang juga merupakan merangkap Menteri Dalam Negeri yang berkuasa atas pihak polis.
Pihak penganjur #TangkapNajib berpendapat bahawa tindakan keras pihak polis ini bertujuan menakut-menakutkan orang ramai. Apa tugas pihak polis sebenarnya? Melindungi rakyat, menangkap pencuri, perompak dan penjenayah-penjenayah lain. Namun, ini bukan yang kita perlihatkan. Rakyat marhaen, mahasiswa dan aktivis ditangkap, manakala yang tertuduh pula bebas.
Persoalan yang timbul sekarang adalah, bolehkah masyarakat umum terus menaruh kepercayaan kepada janji pihak polis?
Kami ingin menyeru kepada orang ramai supaya tidak kehilangan fokus. Himpunan hari ini adalah peringatan kepada orang ramai bahawa isu-isu seperti 1MDB belum selesai. Persoalan “adakah RM2.6bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi YAB Perdan Menteri Najib Tun Razak” belum dijawab.
Anak muda Demi Malaysia menegaskan bahawa kami tidak akan berhenti untuk terus menegakkan keadilan dan menyeru kepada orang ramai untuk terus bersama dalam perjuangan ini.
[01/08 17:46] Lau Yi Leong: Senarai peserta yang ditahan
Aktivis:
-Fahmi Zainol
-Marwan
-Mohd Ashraff
-Ahmad Nazrin
-Sidiqin Omar
-Merico
-Mohd Afiq Arif
-Mohd Khomaimei Mansor
-Amir Abd Hadi
-Afzainizam bin Abd Rahman
-Valerian Mohan Das A/P Chandran
-Noor Rashid Amirdin
Asiah Latif Nashita (14 tahun!)

Warga Emas:
-Nashita Mohd Noor
-Fong Mei Li
-Saw Hock Hin

Pembantu kepada wakil rakyat:
-Azira Aziz
-Jay Jay Denis
-Rozen Azen Rasip

Wakil Rakyat:
-Chang Lih Kang
-Tan Kar Hing
-Er Teck Hwa.