Monday, September 14, 2015

Catatan Peribadi: "AyahCik, ni Qila. Ibu dah takde"

Pada 9hb September 2015. Terima whatsapp:
7:10am: Salam abang. Slmt pagi.
7:11am: Abang sihat? Kalau abang free As nak call
Sejam lepas tu abang balas:
8:15am: Salaam. Abang sihat. InshaaAllah.
Seperti biasa abang dengan perangai abang; terlalu sukar untuk telephone orang atau menjawab panggilan telephone.
Pusara almarhumah Asmah Hj. Muslim
Jam 6:55pm pada hari yang sama abang terima panggilan telephone dari no yang sama tetapi suara berbeda. "AyahCik, ni Qila. Ibu dah takde".
Luntur seluruh semangat abang. Saudara abang, Asmah binti Haji Muslim menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 8:40am pada 9hb September 2015, kira-kira 90 minit selepas almarhumah minta izin untuk bercakap dengan abang tetapi tidak abang endahkan. "Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah hambaMu, Asmah binti Muslim."
Petang 8hb September 2015, sehari sebelum Asmah hj. Muslim dijemput menemui Allah swt. melalui whatsapp ringkas dalam nada biasa, almarhumah mengulangi pesannya minta abang tolong jaga satu-satunya anak perempuannya (anak saudara abang). Aqila.
Bersama anakanda, Qila.
Tengahari tadi, di pusara almarhumah Asmah Hj. Muslim, di Ayer Bemban, Kulai, dihadapan Aqila, abang lafaskan ikrar abang untuk menunaikan hajat ibunya. "Qila, beritau AyahCik apa saja masalah atau perancangan Qila. AyahCik akan bantu seadanya, inshaaAllah."
Kepada semua kenalan dan sahabat, abang mohon teramat sangat; hadiahkanlah fadilat surah Al-Fatihah atau surah Yasin buat roh almarhumah Asmah binti Hj. Muslim. Semoga rohnya dirahmati Allah swt dan ditempatkan dikalangan para solehah. Aameen Ya Rabb.