Monday, September 21, 2015

PKR Semakin Kelam-Kabut: MATC 2015 BATU PAHAT TIDAK TELUS DAN PERLU DIBATALKAN


MATC 2015 BATU PAHAT TIDAK TELUS DAN PERLU DIBATALKAN
Mesyuarat matc batu pahat di dewan perniagaan cina batu pahat pada sabtu 20 september tidak telus dan mesti dibatalkan.
Saya Shahrulizam haron merupakan antara pengasas keadilan batu pahat 99 mantan tim ketua cabang sesi 2010-2014 pengarah pilihanraya pru 13 p150. Sangat kecewa dengan ketelusan matc batu pahat.
Pertanyaan saya tentang isu minit mesyuarat dan penyata kewangan yang tiada serta kehadiran angota parti yang tak sampai 100orang sedangkan angota parti yang berdaftar sersmai 700 lebih angota di balas dgn kata nista oleh ahli parlimen batu pahat yang dulu saya yang menolong dia sewaktu sibuk nak bertanding. Sekarang saya Di tuduh pengacau hanya bertanya tentang penyata kewangan. Apakah pkr batu pahat amalkan kuku besi dan lebih teruk dari umno di mana penyata kewangan tidak boleh di persoalkan?
Tidak cukup dgn itu anak ahli parlimen batu pahat melakukan provokasi kepada saya hingga berlaku cabar mencabar dan kerusi melayang. Inikah cara ahli parlimen batu pahat dan pkr batu pahat melayan anggota cabang?

Malah saya di halau keluar dari dewan. Hak saya sebagai anggota parti cabang yang sah di nafikan.Adakah sudah tiada ruang demokrasi dalam pkr cabang batu pahat?
Tidak cukup itu. Saya di fitnah bukan anggota cabang batu pahat. Ini no angota saya j110000172 Adakah pkr batu pahat amalkan budaya fitnah. Apa bezanya pkr batu pahat dgn umno?
Waktu susah sebelum pru mengemis mencari sokongan. Bila telah menang lupa diri ahli parlimen batu pahat.
Yang benar
Shaharullizam harun
Otai refomasi batu pahat.