Saturday, October 10, 2015

Biarkan puak Mahathir dan bani Najib bercakaran sesama sendiri

Andai Najib Razak letak jawatan, diganti Zahid Hamidi, ‪#‎Umno‬ akan kembali kukuh, sedang rakyat terus merana dan negara tergadai segalanya.
Pimpinan Pembangkang; ‪#‎PKR‬‪#‎DAP‬‪#‎PAS‬ dan ‪#‎Amanah‬ semakin hanyut dengan sandiwara Tun Mahathir Mohammed untuk menjatuhkan Najib Razak, kononnya untuk selamatkan negara. Sedangkan apa yang Mahathir pejuangkan adalah menjatuhkan Najib Razak sebelum pru14 agar Umno terus bertahta di Putrajaya.
Sejarah telah membuktikan;
- Setelah Mahathir undur, Abdullah Badawi diangkat menjadi PM, Umno menang besar dalam pru berikutnya. Keadaan yang sama berlaku pada penggal pertama pru selepas Najib Razak diangkat menjadi PM setelah pengunduran Abdullah Badawi.
Pimpinan ‪#‎PakatanRakyat‬ / ‪‎PakatanHarapan‬ sewajarnya beri tumpuan tumbangkan UmnoBN‬, bukan menjatuhkan Najib Razak !!
Biarkan puak Mahathir dan bani Najib dalam UmnoBN bercakaran sesama sendiri angkara presiden mereka. Kita tumpukan kepada agenda utama; hancur dan tumbangkan Umno Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum 14.