Tuesday, January 26, 2016

Matsusaka; Hidangan Kaum Bangsawan

Hidangan Kaum Bangsawan.
Ini adalah daging Matsusaka‬. Antara daging yang termahal di dunia selain daging Kobe‬. Dihasilkan dari lembu‬ betina dari sebuah bandar bernama Matsusaka di negara Jepun‬. Lembu-lembu ini diberi makanan yang tidak diberi pada lembu-lembu lain seperti tauhu‬ dan ‪‎gandum‬.
Apabila lembu-lembu tidak mempunyai selera makan, penternak akan memberi lembu-lembu tersebut minum ‪‎beer‬ untuk merangsang selera makan.
Dibesarkan dalam persekitaran yang tenang dan diurut badannya untuk mengelakkan lembu menjadi ‪‎stress‬ demi menjaga kualiti ‪‎daging‬. Daging Matsusaka ini juga merupakan makanan ruji bagi‪ ‎Queen Elizabeth‬‪‎Donald Trump‬ & ‪‎Bill Gates‬.
Menurut cerita yang Kerajaan Rakyat‬ dengar, daging ini tidak akan mendatangkan penyakit seperti high cholesterol‬ & darah tinggi‬. Satu hidangan daging ‪‎steak‬ Matsusaka boleh mencecah sehingga RM5000.

Baru-baru ini kita bersyukur kerana pemimpin kesayangan kita, ‪‎Najib‬ dan bini keduanya, Rosmah Mansor‬ juga mampu makan daging ini, menjadikan mereka sebaris dengan standard VIP-VIP dunia yang lain.