Friday, January 29, 2016

Mukhriz diarah tinggalkan mesyuarat MT Umno

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno.
"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.
Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.