Friday, May 13, 2016

Pilihan raya kecil P093 Parlimen Sungai Besar dan P067 Kuala Kangsar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil untuk kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.
Bagi tarikh penamaan calon pula SPR menetapkan ia diadakan pada 5 Jun.
Bercakap di sidang media di Putrajaya hari ini Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata keputusan itu diambil selepas mereka bermesyuarat sebentar tadi.
"SPR memutuskan dua pilihan raya kecil itu akan dijalankan serentak.
"Hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun manakala pengundian awal pada 15 Jun," katanya.
Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytihar kosong selepas kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.
Ahli parlimen Kuala Kangsa sebelum ini ialah Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad manakala Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon.