Sunday, July 3, 2016

Zakat Fitrah dan ‪‎kemiskinan‬ kota

Zakat Fitrah dan ‪‎kemiskinan‬ kota
Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada seorang wanita ‪‎Melayu‬ rakyat Malaysia, berasal dari Kuala Selangor yang saya yakin tergolong diantara 8 ‪‎asnaf‬ yang layak menerima zakat fitrah.
Wanita sekitar usia akhir 40an itu diizinkan tumpang berteduh dari embun malam di beranda rumah seorang insan berbangsa ‪‎Cina‬ yang berhati mulia.
Saya difahamkan, wanita bernama Siti Zainon telah sejak tahun 2010 menetap di Sungai Way, Selangor mencari rezeki dengan cara mengutip kotak-kotak terbuang disekitar pasar Sungai Way untuk dijualnya dengan pendapatan sekitar RM10 hingga RM15 sehari.
Siti Zainon mendakwa beliau mempunyai seorang anak lelaki yang telah berkahwin dan menetap di sekitar Gombak, Selangor tetapi tidak pernah memperdulikannya sejak 2010. Beliau juga memdakwa tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana badan kebajikan atau Pusat Zakat.
 
Lantaran keinsafan dan keyakinan saya bahawa Siti Zainon tergolong dalam 8 asnaf (‪‎fakir miskin‬) yang layak menerima zakat‬, maka saya menfitrahkan zakat bagi diri saya, CD (anak) dan 3 insan lain yang telah saya janjikan untuk menyempurnakan zakat fitrah‬ mereka.

Doa saya semoga Allah swt menerima amalan tersebut sebagai zakat fitrah kami bagi tahun Hijrah 1437. Aameen Ya Rabb.